Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Saturday 20 April 2013

Bahasa Melayu Tahun 5 Beriadah


SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK, IPOH, PERAK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TAHUN 5)

Mata Pelajaran        : Bahasa Malaysia
Tahun                        : 5 Setia
Tarikh                        : 3 April 2013
Hari                            : Rabu
Masa                          : 8.30 – 9.30 pagi
Bil. Murid                  : 19 orang
Tema                         : Sukan dan Kesihatan
Tajuk                         : Kesihatan Asas Kesejahteraan

Fokus Utama :                    
3.1 Menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara atau tajuk dengan menggunakan kata, istilah, frasa, struktur ayat yang betul, dan laras bahasa yang sesuai.
Aras 1 (ii)       Menyampaikan maklumat yang bernas dengan jelas dan tersusun.
Fokus Sampingan :
8.5  Mengenal pasti dan menggunakan penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan bagi sesebuah karangan.
Aras 1 (i)       Memilih dan mengenal pasti penanda wacana.

Objektif  : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.              menjelaskan maklumat berdasarkan topik yang dibincang.
ii.            menyampaikan maklumat dengan bernas.
iii.           memilih dan mengenal pasti penanda wacana.


Sistem Bahasa :   
Tatabahasa                     - Penanda wacana
Kosa Kata                        - Sihat, Kuat, Rajin

Pengisian Kurikulum :
Ilmu                                 - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik
Nilai Murni                      - Keberanian, Berkeyakinan, Hormat-menghormati
KBT                                 - KB (Membuat Kesimpulan)
Kontekstual                     - Menghubungkaitkan

Bahan Bantu Mengajar :
Audio, Lirik lagu “Mari Bersenam”, Dialog, Sampul surat, Permainan “ Teka Silang Kata” dan lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada :
Murid pernah menjalankan aktiviti senaman semasa mata pelajaran Pendidikan Jasmani.
Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Lagu “Mari Bersenam”.

MARI BERSENAM

Mari kita bersenam
kuatkan badan
Allah sayangkan hambanya
Yang sihat tubuh badan

Goyangkan tangan
Lenggokkan pinggang
Tepuklah tangan
Jangan malu dan segan
Jadilah orang yang beriman
Sihat tubuh badan
Hei!!

 



1.    Guru mengedarkan lirik lagu kepada murid.
2.    Murid dan guru menyanyikan lagu bersama-sama menggunakan lirik.
3.    Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.




BBM:
Audio
Lirik lagu

Ilmu: Pendidikan Kesihatan
Pendidikan Muzik

Nilai: Berkeyakinan
Langkah 1
(10 minit)
·         Dialog “Kebaikan Bersenam”.

1.    Murid diminta melakonkan dialog yang diberi dengan menggunakan nada dan intonasi yang betul.
2.    Murid berdialog secara berpasangan di hadapan kelas.
3.    Murid bersoal jawab dengan guru.
BBM:
Dialog

Strategi: Berpusatkan murid

Langkah 2
(15 minit)
·         Penanda wacana yang terdapat dalam dialog.
1.    Murid menyenaraikan penanda wacana di papan tulis.
2.    Guru memilih murid secara rawak untuk membina ayat menggunakan penanda wacana tersebut.
3.    Murid dan guru bersoal jawab tentang pembinaan ayat yang gramatis.
KBT: Membuat keputusan

Strategi: Berpusatkan murid

Nilai:
Toleransi
Bekerjasama
Langkah 3
(10 minit)
·         Sampul surat misteri yang mengandungi soalan pemahaman.

Berikan 3 cara untuk melakukan senaman yang berkesan.

Berikan 5 contoh aktiviti bersukan dan bersenam.

Kenapa bersukan dan bersenam itu penting?

Adakah bersukan dan bersenam penting untuk individu?
 
1.    Secara berkumpulan, seorang wakil diminta memilih sampul surat misteri berlainan warna yang mengandungi soalan.
2.    Murid berbincang bersama ahli kumpulan.
3.    Wakil setiap kumpulan menjawab soalan secara lisan.
BBM:
Sampul surat misteri yang mengandungi soalan pemahaman

KBT: Menghubung-
kaitkan

Nilai:
Toleransi
Bekerjasama
Langkah 4
(15 minit)
Permainan bahasa:
·         Teka silang kata

Lembaran kerja:
·         Pengayaan
Ø  Soalan objektif
·         Pemulihan
Ø  Lengkap tempat kosong
1.    Murid  berbincang dalam kumpulan dan menyelesaikan permainan teka silang kata.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang jawapan.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
4.    Murid menyiapkan tugasan.
BBM:
Permainan “Teka Silang Kata”.
Lembaran kerja

Nilai:
Rajin
Penutup
(5 minit)
·         Menyebut kembali penanda wacana yang telah dipelajari.
1.    Murid bersoal jawab tentang penanda wacana yang telah dipelajari.
2.    Menyanyikan semula lagu “Mari Bersenam”
3.    Guru merumuskan isi pelajaran.
Nilai:
Hormat- menghormati

REFLEKSI KENDIRI
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEKUATAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KELEMAHAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENAMBAHBAIKAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KOMEN PENSYARAH PENYELIA / GURU PEMBIMBING
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Disediakan oleh:
NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI
PRAKTIKUM 1 / 2013
IPG KAMPUS IPOH, PERAK.




No comments:

Post a Comment