Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Monday 13 May 2013

TOPIK 2 PENGURUSAN SOSIO-EMOSI

TOPIK 2

PENGURUSAN SOSIO-EMOSI



Pernahkah anda  fikir tentang suasana sosio-emosi sesebuah bilik darjah?  Mengapa seorang guru perlu memberi perhatian kepada suasana  bilik darjah?  Dengan pengalaman anda,  pastinya anda  dapat merenung  bagaimana anda dapat mewujudkan suasana  sosio emosi yang baik untuk murid-murid anda.  Aspek sosio-emosi amat penting untuk  mewujudkan suatu  keadaan yang harmonis dan pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan berkesannya.  Justeru ini, topik ini akan membincangkan  beberapa aspek dalam sosio-emosi yang perlu diambil kira oleh guru dalam mengurus bilik darjah.

2.1  Konsep Dan Tujuan Pengurusan Sosio-Emosi

Perkataan sosioemosi terdiri daripada dua perkataan iaitu sosial dan emosi,Menurut Kamus Pelajar Edisi Ketiga sosial ditakrif sebagai segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat dan kemasyarakatan.

Perkembangan sosial pula adalah satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada kemahiran berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. Identiti sosial dan kefahaman kendiri kanak-kanak berkembang dalam dua peringkat, iaitu kewujudan kendiri dan kategori kendiri (Lewis, 1995; Lewis & Books-Gunn, 1979).

Perkataan emosi berasal daripada perkataan Greek iaitu “emovere” yang membawa maksud “untuk keluar”. Oleh itu, emosi adalah satu perasaan afektif yang dialami oleh seseorang individu dalam sesuatu keadaan yang memberi makna kepada dirinya. Emosi juga boleh ditakrifkan sebagai tindak balas atau kebangkitan yang ditonjol keluar sebagai rangsangan kepada perasaan emosi.

Ahli psikologi dan fisiologi berpendapat bahawa emosi melibatkan perasaan, gerak hati, tindak balas fisiologi dan pernyataan emosi. Emosi boleh dibahagikan kepada dua iaitu emosi positif seperti gembira, teruja  dan emosi negatif pula adalah seperti marah,  kecewa dan lain-lain.

Oleh itu, sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.


2.2  Perkembangan dan Pengurusan  Sosio-emosi Di Dalam Bilik Darjah

Perkembangan emosi dan sosial yang sihat sangat penting dalam kehidupan seseorang. Aspek ini akan mempengaruhi pembelajaran murid dan membolehkan murid belajar mengawal emosi, pemikiran dan tindakan supaya dapat menyesuaikan diri dalam bilik darjah.

Perkembangan Sosioemosi bermula dengan kebolehan murid memahami dan menguruskan emosi sendiri dan membolehkan murid memahami keperluan, emosi dan pandangan orang lain untuk membina kemahiran sosial di dalam kelas yang mempunyai latar belakang majmuk yang mesra dan harmoni.

Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas terutamanya bagi sebuah kelas yang mempunyai murid yang berbeza budaya dan latar belakang .

Teori-teori Pengurusan Sosio-emosi:

Bandura berpendapat bahawa perkembangan emosi kanak-kanak diperoleh dengan cara peniruan. Beliau berpendapat kanak-kanak meniru tingkah laku emosi yang diperhatikannya dan melakukan gerak balas yang tidak pernah dibuatnya dahulu. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung kepada apa yang telah dipelajarinya mengenai penerimaan oleh masyarakat, cara yang paling mendatangkan kepuasan dan yang telah dipelajarinya untuk mendapatkan sesuatu dengan paling mudah dan cepat.

Teori Erik Erikson pula menekankan kepentingan hubungan sosial dengan individu-individu di persekitaran kanak-kanak. Menurut Erikson, personaliti seseorang kanak-kanak dibentuk hasil daripada perkembangan psikososial ini.. Kejayaan atau kegagalan mencapai matlamat atau menyelesaikan krisis perkembangan akan membawa akibat kepada imej kendiri seseorang individu.


2.3  Strrategi Pengajaran Dalam Pengurusan Sosio-emosi Belajar Melalui Bermain:

Tahukah “Belajar melalui bermain” adalah salah satu strategi pengajaran yang dapat memberi perhatian kepada sosio-emosi pelajar dalam kelas pelbagai budaya. Belajar melalui bermain adalah pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar melalui bermain diberi penekanan khusus dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain adalah fitrah kanak-kanak. Melalui bermain mereka gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semula jadi.” [Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003]

Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi. Bermain adalah proses spontan yang dapat menghasilkan pengalaman, pembelajaran dan kemahiran. Bermain membenarkan kanak-kanak melakukan aktiviti yang kreatif. Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan ia dikenali sebagai pembelajaran tidak formal.

Froebel (1782 – 1852) pernah mewujudkan program kindergarten 1 di Jerman untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 5 tahun berkonsepkan ‘bermain sambil belajar’. Beliau percaya proses pembelajaran yang paling berkesan adalah sesuatu aktiviti yang menggembirakan. Bermain adalah salah satu aktiviti yang menggembirakan. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan kemahiran.Manakala Dewey (1852 – 1859) pula menggalakkan proses pembelajaran melalui prinsip belajar melalui bermain di mana aspek keseronokan merupakan hak bagi setiap kanak-kanak.


2.4   Kepentingan Pengurusan Sosio-emosi

Guru perlu mengurus sosio-emosi murid-muridnya secara berkesan kerana kegagalan guru berbuat demikian akan memberi impak kepada pencapaian murid. Antara aspek akan berlaku dalam  pengurusan sosio-emosi  terdiri  daripada berikut:

a)    Proses pengajaran dan pembelajaran akan terganggu.
b)    Iklim bilik darjah tidak kondusif akan memberi kesan yang buruk terhadap prestasi kesuluruhan
c)    Memberi tekanan mental kepada murid dan guru
d)    Murid  rasa tergangggu dan tidak selesa
e)    Murid sukar memberi tumpuan kepada pengajaran dan pembelajaran


2.5   Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai  pengurusan sosio-emosi pelajar dan kepentingannya  seseorang guru dapat menguruskan sosio-emosi pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Antara  aspek –aspek penting adalah berikut:


·     Sosioemosi dalam kalangan kanak-kanak ditakrifkan sebagai satu proses berinteraksi dan mengadaptasi diri dalam masyarakat.
·     Peranan guru sangat penting dalam pengurusan sosioemosi dengan memberi penekanan kepada kebolehan dan keyakinan murid untuk berinteraksi dengan rakan di dalam kelas pelbagai budaya
·        Belajar Melalui Bermain adalah antara strategi yang boleh digunakan oleh seorang guru untuk menggalakkan interaksi sosial dan mengawal emosi murid secara semula jadi.  Ia amat bermakna dalam membantu  mengeratkan hubungan antara murid pelbagai  latar belakang
·         Pengajaran dan pembelajaran akan terganggu dan tekanan mental akan dihadapi pelajar jika  keadaan sosio-emosi tidak diurus dengan baik oleh guru.


Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.


Teks Bacaan Asas

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon


Rujukan

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

TOPIK 1 KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA


Sebelum kita  bermula, fikirkan tentang  persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa  guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin  menyusunkan bilik darjah anda?  Bagaimana anda  dapat  mewujudkkan  sebuah bilik darjah yang  mesra budaya.  Mari kita sama sama  membincangkan  ciri-ciri  fizikal yang  perlu diberi perhatian  dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang  mesra  budaya.


1.1       Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan  mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial. 

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan  yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.
Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran  Bilik Darjah yang Mesra  Budaya

1)     Aspek Fizikal :-

·   Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah  suai mengikut keperluan aktiviti.
·         Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.
·         Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut.
·         Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut.
·         Melukis mural diswekitar kelas.
·         Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

2)   Sudut-Sudut Pembelajaran:-

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu,  terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan   sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.


1.2   Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran  Bilik Darjah
       yang Mesra  Budaya

1)    Aspek Fizikal:-
  • Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.
  • Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.
  • Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau “work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture

2)     Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-
  • Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.
  • Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut  sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara  kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah
  • Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.
  • Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.
Sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas?

  1.   ___________________________________________________________
  1.   ____________________________________________________________
  1.    ____________________________________________________________
      4.     ____________________________________________________________
  
      5.      ____________________________________________________________


1.3  Peranan guru sebagai ‘Physical Enviroment Designer’.
Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai ‘Physical Enviromet Designer’ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk:
  • Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu
  • Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid
  • Mengkikis pra sangka
  • Perlu  mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam. 

1.4      Rumusan

·  Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan  mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

·     Susunatur  bilik darjah  harus memberi perhatian kepada  cara  susunan  tempat duduk pelajar  harus samarata dari segi kumpulan etnik

·     Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan  dalam bilik darjah  perlu mengambil kira  bahan bacaan pelbagai  kumpulan etnik,  mural  sesuai dengan semua bangsa dalam  kelas.

·   Guru perlu berperanan  dalam mengetahui  latar belakang  pelajar,  dan kepelbagaian  perbezaan individu pelajar   apabila  mengatur dan melakarkan  pelan  bilik darjah serta  letaknya  sudut-sudut pembelajaran supaya  mesra budaya





Berikut ialah senarai bahan bacaan teks dan bahan rujukan yang digunakan

Teks Bacaan Asas
Carol,SW & Mignano, A.J(2003). Elementery Classroom management.(3rd Ed) : McGraw Hill.
Pafkay,W.F.( 2004). Becoming a teacher. 6th Edition .Boston: Allyn & Bacon.

Rujukan
Bull, Shirley & Solity Jonathan. (1987). Classroom management: Principles to Practice. NSW: Dcroom Helm.
Cheyney, A.B. (1967). Teaching children of different cultures in the classroom.(2nd Ed).: Bell&Howell, Columbus, Ohio.
Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.
Lambert,N.M.(1994). Seating arrangements in classrooms. The International Encyclopedia of Education( 2nd ed), 9 ,5355-5359.
Robiah Sidin (1993). Classroom management. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.
Steele, FI.(1973). Physical setting and organization development. Reading,MA:Addison-Wesley.
Weinstein,C.S. (1987). Spaces for children. New York:Plenum Press.
Woolfolk (2001). Educational psychology.( 8th Ed.). Boston: Allyn and Bacon