Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Saturday 20 April 2013

Bahasa Melayu Tahun 4 Gaya Hidup Sihat


SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK, IPOH, PERAK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  (TAHUN 4)

Mata Pelajaran        : Bahasa Malaysia
Tahun                        : 4 Setia
Tarikh                        : 4 April 2013
Hari                            : Khamis
Masa                          : 10.20– 11.20 pagi
Bil. Murid                  : 13 orang
Tema                         : Rakyat Cergas Negara Maju
Tajuk                         : Bersukan Menyihatkan Badan

Fokus Utama :                    
2.1 Bercerita menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang      baik dan jelas.
 Aras 2 (ii)      Menyatakan ramalan kesudahan sesuatu peristiwa dengan                                                 bahasa yang betul.   
Fokus Sampingan :
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang            betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 2 (i)       Membaca dan memahami pelbagai jenis ayat dengan memberikan penekanan pada intonasi berdasarkan tanda baca.

Objektif  : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.              menyampaikan maklumat penting tentang bahan yang diberikan.
ii.            bercerita berdasarkan bahan yang telah dibaca dengan pelbagai jenis ayat.
iii.           memilih dan mengenal pasti imbuhan akhiran -an yang terdapat dalam petikan.
Sistem Bahasa :   
Tatabahasa                     - Imbuhan akhiran -an
Kosa Kata                        - Sihat, Kuat, Rajin

Pengisian Kurikulum :
Ilmu                                 - Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Jasmani
Nilai Murni                      - Kecerdasan, Kesihatan, Kecergasan
KBT                                 - KB (Membuat Kesimpulan)
Kontekstual                     - Menghubungkaitkan

Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran :
Gambar, Permainan “ Teka Silang Kata”,  Teks petikan, lembaran kerja

Pengalaman Sedia Ada :
Murid pernah melakukan aktiviti riadah bersama keluarga di rumah.
Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Gambar “Gaya Hidup Sihat”
·         Amalan seharian murid.

1.    Guru menayangkan gambar di hadapan kelas dan murid meneliti gambar.
2.    Murid bersoal jawab dengan guru mengenai gambar.
3.    Murid bercerita tentang amalan seharian mereka.
4.    Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.
BSPP: Gambar

Ilmu: Pendidikan Kesihatan

Nilai: Berkeyakinan
Langkah 1
(10 minit)
·         Bacaan mekanis petikan “Jagalah Kesihatan Diri”

1.    Guru mengedarkan petikan “Jagalah Kesihatan Diri”.
2.    Murid membaca petikan “Jagalah Kesihatan Diri” secara mekanis mengikut perenggan.
3.    Murid lain akan mengikut bacaan rakannya.
4.    Murid bersoal jawab dengan guru.
BSPP:
Petikan

Strategi: Berpusatkan murid

Bacaan mekanis

Langkah 2
(10 minit)
·         Soalan pemahaman.

1.    Murid menggariskan kata kunci bagi setiap perenggan.
2.    Murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan kata kunci.
3.    Guru membantu murid menjawab soalan pemahaman berdasarkan kata kunci
BSPP:
Petikan

KBT: Menghubung-
kaitkan

Nilai: bekerjasama
Langkah 3
(15 minit)
·         Imbuhan akhiran –an yang terdapat dalam petikan.
·         5 ayat tunggal menggunakan perkataan imbuhan.
1.    Murid menyenaraikan imbuhan akhirn –an yang terdapat dalam petikan.
2.    Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan.
3.    Setiap kumpulan mewakili perkataan imbuhan masing-masing.
4.    Secara berkumpulan, guru meminta murid membina 5 ayat tunggal menggunakan perkataan tersebut di atas kertas mahjong.
5.    Wakil kumpulan dikehendaki membentangkan hasil kerja kumpulan masing-masing.
BSPP: Kertas mahjong

KBT: Membuat keputusan

Strategi: Berpusatkan murid

Nilai:
Toleransi
Bekerjasama

Langkah 4
(15 minit)
Permainan bahasa:
·         teka silang kata
Lembaran kerja:
·         Pengayaan
Ø  Soalan objektif
·         Pemulihan
Ø  Mengisi tempat kosong
1.    Murid  berbincang dalam kumpulan dan menyelesaikan permainan silang kata.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang jawapan.
3.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
4.    Murid menyiapkan tugasan.
BSPP:
Permainan “Teka Silang Kata”.
Lembaran kerja

Nilai: Rajin
Penutup
(5 minit)
·         Imbuhan akhiran -an
1.    Murid bersoal jawab tentang imbuhan akhiran yang telah dipelajari.
2.    Guru merumuskan isi pelajaran.
Nilai:
Hormat- menghormati

REFLEKSI KENDIRI
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEKUATAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KELEMAHAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENAMBAHBAIKAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KOMEN PENSYARAH PENYELIA / GURU PEMBIMBING
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Disediakan oleh:
NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI
PRAKTIKUM 1 / 2013
IPG KAMPUS IPOH, PERAK.




1 comment: