Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Friday 10 May 2013

Bakery Story Blueberry Muffins



BLUEBERRY MUFFINS
sumber : mat gebu

Bahan-bahan:
(lebih kurang 24 biji)


170 g mentega
160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan (jika suka)
Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)
kalau nak letak campuran buah pun boleh



Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang di taman.

terpulang jika nak guna buah blueberry. campak then scoop dlm cawan kertas


sumber:
Google Images

DRESS READY STOCK APRIL 2013 ~1~





















Bahasa Melayu Tahun 5 Hari Usahawan Muda


SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK, IPOH, PERAK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  (TAHUN 5)

Mata Pelajaran        : Bahasa Malaysia
Tahun                        : 5 Setia
Tarikh                        : 8 April 2013
Hari                            : Isnin
Masa                          : 8.00 – 9.00 pagi
Bil. Murid                  : 19 orang
Tema                         : Kepenggunaan
Tajuk                         : Hari Usahawan Muda

Fokus Utama :                    
1.6 Menyatakan sesuatu kemahuan semasa menjalankan transaksi dalam urusan harian untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
           Aras 3 (i)         Memujuk dengan menggunakan ayat dan intonasi yang sesuai                       untuk mendapatkan keyakinan semasa berurusan.
Fokus Sampingan :
6.4 Membaca pantas secara luncuran untuk mendapatkan maklumat yang           menyeluruh.
Aras 3 (i)        Membina indeks, glosari atau bibliografi sesuatu teks atau buku                              untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Objektif  : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.              menggunakan kata dan istilah yang betul semasa berurusan.
ii.            menyoal untuk mendapatkan penjelasan tentang sesuatu barangan yang diperlukan.
iii.           membaca pantas petikan teks untuk mendapatkan maklumat yang menyeluruh.
Sistem Bahasa :   
Tatabahasa                     - Imbuhan meN-
                                          - Ayat Tunggal
Kosa Kata                        - Suka, Diskaun, Pasaran, Wang

Pengisian Kurikulum :
            Ilmu                                 - Matematik,  Keusahawanan
Nilai Murni                      - Bersyukur, Berjimat cermat, Menghargai
KBT                                 - KB (Membuat Kesimpulan)
Kontekstual                     - Menghubungkaitkan

Bahan Sumber Pengajaran & Pembelajaran :
Wang kertas, Dialog urus niaga, Sampul Surat Misteri dan lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada :
1.    Murid pernah berurusan di koperasi sekolah.
2.    Murid tahu menggunakan wang
Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)

·         Contoh soalan:
Ø  Berapakah nilai wang ini?
Ø  Berapakah jumlah wang yang kamu bawa ke sekolah setiap hari?
Ø  Apakah yang boleh dibeli dengan sejumlah wang itu?
1.     Guru bersoal jawab dengan murid tentang nilai wang yang ditunjukkan.
2.  Guru mengaitkan kegunaan wang dalam kehidupan seharian manusia.
4.    Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.
BSPP:
Wang kertas

KBT:
Kemahiran berfikir

Ilmu: Keusahawanan

Nilai:
Bersyukur
Langkah 1
(5 minit)
·         Bacaan mentalis dialog urus niaga.
·         Contoh soalan:
Ø  Apa yang kamu faham tentang petikan dialog tersebut?
Ø  Nyatakan jaminan yang disediakan oleh Fahmi dalam urusan perniagaanya?
1.    Guru mengedarkan petikan dialog urus niaga.
2.    Murid membaca petikan dialog urus niaga secara mentalis.
3.    Murid bersoal jawab dengan guru.
BSPP:
Dialog Urus Niaga

Strategi: Berpusatkan murid

BCB:
Bacaan mentalis

Langkah 2
(15 minit)
·         Imbuhan meN- :
Ø  Menjual
Ø  Membeli
Ø  Menawarkan
Ø  Melebihi
Ø  Menggantikannya
Ø  Menukarkannya
Ø  Memulangkan

·         Ayat tunggal.



1.    Secara berkumpulan murid diminta mengenal pasti dan mengariskan imbuhan meN- yang terdapat dalam petikan dialog.
2.    Wakil setiap kumpulan akan menyebut perkataan tersebut.
3.    Murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan imbuhan tersebut.
4.    Guru membimbing murid membina ayat yang gramatis.
BSPP:
Dialog Urus Niaga

KBT: Menghubung-
kaitkan

Nilai: bekerjasama

Langkah 3
(20 minit)
·         Simulasi berdasarkan situasi.
Membeli alat tulis di koperasi sekolah
Membeli buku latihan di kedai buku
Membeli raket badminton di kedai sukan
Membeli makanan dan minuman di kantin sekolah
 
















1.    Wakil kumpulan diminta memilih sampul surat misteri yang mengandungi arahan.
2.    Murid berbincang dalam kumpulan mengenai watak simulasi masing-masing
3.    Wakil kumpulan diminta melakonkan simulasi berdasarkan situasi masing-masing di hadapan kelas.
4.    Guru memberi bintang kepada kumpulan yang membuat persembahan terbaik.
BBM: Sampul Surat Misteri

KBT: Membuat keputusan

Strategi: Berpusatkan murid

Nilai:
Toleransi
Bekerjasama

Langkah 4
(10 minit)
Lembaran kerja:
·         Pengayaan
Ø  Bina ayat.
·         Pemulihan
Ø  Lengkapkan ayat.
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
2.    Murid diminta membina ayat tunggal berdasarkan gambar yang diberikan.
3.    Murid pemulihan diminta melengkapkan ayat dengan jawapan yang diberi.
BSPP:
Lembaran kerja

Strategi:
Berpusatkan murid

Nilai:
Rajin, Kerjasama.
Penutup
(5 minit)
·         Rumusan
·         Nilai-nilai murni
-       Menghargai
-       Bersyukur
-       Menghormati
-       bekerjasama



1.    Guru membuat rumusan mengenai pengajaran yang telah diajar dan menanyakan soalan kepada murid akan apa yang mereka telah pelajari.
2.    Murid-murid menyatakan nilai-nilai murni berdasarkan aktiviti pengajaran pada hari itu.
Nilai:
Hormat- menghormati

REFLEKSI KENDIRI
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEKUATAN
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KELEMAHAN
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENAMBAHBAIKAN
________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KOMEN PENSYARAH PENYELIA / GURU PEMBIMBING
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Disediakan oleh:
NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI
PRAKTIKUM 1 / 2013
IPG KAMPUS IPOH, PERAK.