Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Friday 1 February 2013

KEPENTINGAN PENDIDIKAN JASMANI

2.1 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN FZIKAL

Matlamat aktiviti fizikal
  • Mempertingkatkan dan mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
  • Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan.
  • Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sbagai rutin harian.
  • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan semasa kegiatan fizikal.
  • Membentuk sahsiah dan disiplin diri sesuai dengan norma-norma masyarakat.
  • Pergerakkan fizikal dititikberatkan dalam PJ.
  • Mengurangkan risiko kecederaan dan penyakit kronik.
  • Perancangan aktiviti perlu mengambil kira aspek perbezaan umur:
  1. Kanak-kanak
  2. Remaja dan dewasa
  3. Warga emas
2.1.1 Pertumbuhan dan Perkembangan Fizikal Kanak-kanak
  • Kanak-kanak perlu diajar cara bergerak dengan betul sejak dari awal lagi.
  • Kanak- kanak juga perlu diajar menjaga kesihatan fizikal, mental, emosi dan sosial sejak dari kecil lagi.
  • Kanak-kanak sekolah rendah memerlukan peluang untuk meluahkan perasaan dan ekspresi secara kreatif.
  • Aktiviti fizikal perlulah dirancang untuk menjadikan kanak-kanak seimbang dari segi fizikal dan mental.
  • Dapat merangsang pembangunan kognitif, sosial, emosi dan afektif.
  • Whithead dan Corbin (1991) enam sasaran kanak-kanak dalam aktiviti fizikal:
  1. Mempamerkan kebolehan
  2. Penguasaan tugas
  3. Berkenaan sosial
  4. Kemenangan
  5. Kemajuan besar
  6. Kerjasama berpasukan
  • Aktiviti sukan menyediakan kanak-kanak untuk menguasai pergerakan-pergrakan asas.
  • Juga pendedahan kepada aspek-aspek lokomotor asas yang mempunyai aspek-aspek:
  1. Pembentukan sahsiah
  2. Pertandingan
  3. Kecergasan
  4. Ketahanan mental
  5. Disiplin
  6. Nasionalisme
  7. Keagamaan
2.1.2 Remaja dan Dewasa
  • Fasa pembentukan dan perkembangan fizikal yang sempurna.
  • Kecergasan fizikal membantu mengatasi kesukaran ketika menyempurnakan tugasan, bekerja dengan lebih efektif, menikmati masa lapang, rehat, menentang penyakit hipokinetik & menghadapi kecemasan.
  • Penumpuan aktiviti fizikal kepada:
  1. Kelajuan
  2. Ketangkasan
  3. Kuasa
  4. Imbangan
  5. Masa reaksi
  6. Koordinasi
  • PJ peringkat remaja penekanan diberikan kepada:
  1. Perkembangan fizikal
  2. Sosial
  3. Mental
  4. Emosi
  • Nilai-nilai diterapkan daripada aktiviti-aktivi yang dijalankan.
2.1.3 Warga Emas
  • Kecergasan menyeluruh:
  1.  Kecergasan Fizikal
  2.  Kecergasan Mental
  3.  Kecergasan Sosial
  4.  Kecergasan Emosi
  5.  Kecergasan Rohani
          • Aktiviti fizikal perlu bagi mengekalkan sistem fisiologi berfungsi dengan konsisten.

          2.2 PERKEMBANGAN KOGNITIF
          • Melibatkan pengumpulan maklumat, keupayaan berfikir serta menginterpretasikan pengetahuan.
          2.2.1 Kemahiran Berfikir
          • Berfikir secara kritis.
          • Memberi tumpuan kepada kebolehan menilai.
          • Kemunasabahan sesuatu idea.
          • Menimbang secara menyeluruh.
          • Kebaikan dan keburukan.
          • Memberi alasan dan hujah yang jelas, sah dan bernas.
          menciri
          mengenalpasti kriteria, unsur, konsep seperti
          sifat, ciri dan kualiti.
          membanding & membeza
          mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria.
          mengumpul & mengelas
          mengumpul dan mengelas berdasarkan kumpulan
          masing-masing berdasarkan kriteria.
          membuat urutan
          menyusun objek @ maklumat mengikut tertib
          berdasarkan kuantiti, kualiti n ciri-ciri @sifat.
          menyusun mengikut
          keutamaan
          menyusun objek mengikut tertib berdasarkan
          kepentingan @ kesegeraan.

          menganalisis
          mengolah dan menghurai kepada bahagian-bahagian kecil bagi memahami konsep @ peristiwa serta mencari makna tersirat.
          mengesan pengaruh
          mengesan pandangan yang berpihak @ menentang sesuatu.
          menilai
          membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
          daripada 1 kebaikan @ keburukan berdasarkan
          bukti @ dalil.
          membuat kesimpulan

          membuat pernyataan tentang hasil kajian berdasarkan hipotesis atau mengukuhkan sesuatu perkara berdasarkan penyiasatan.

          Berfikir Secara Kreatif
          • Menekankan kepada hemisfera otak kanan.
          • Kecekapan dan keupayaan minda untuk meneroka pelbagai kemungkinan dalam menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan luar biasa.
          menjana idea
          menjana idea secara spontan.
          menghubung kaitkan
          membuat perkaitan terhadap struktur atau corak perhubungan.
          membuat inferens
          membuat kesimpulan awal, benar atau tidak daripada pemerhatian dan maklumat.
          meramal
          membuat jangkaan terhadap sesuatu peristiwa.
          membuat hipotesis
          pernyataan umum menghubungkait pembolehubah-pembolehubah.
          mensintesiskan
          menggabungkan idea, unsur, item @ perkara dan menghasilkan gambaran dalam bentuk pernyataan, esei, lukisan dan imlak.
          mengitlak
          membuat pernyataan umum ke atas sampel kumpulan.
          membuat gambaran mental
          membuat tanggapan tentang sesuatu idea, konsep, keadaan dan gugusan.
          menganalogi
          membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep dan mengaitkan dengan perkara yang mudah @ maujud.
          mereka cipta
          menghasilkan sesuatu yang baru/mengubahsuai
          sesuatu dalam bentuk maujud.
          Tujuan KBKK
          • Mendapat latihan berfikir secara K&K semasa menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
          • Mengaplikasikan pengtahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara praktik di dalam @ di luar sekolah.
          • Menghasilkan idea @ ciptaan yang kreatif & inovatif.
          • Mengatasi kesilapan-kesilapan berfikir terburu-buru, bercelaru, kabur dan sempit.
          • Meningkatkan aspek kognitif & afektif.
          • Bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat.
          • Membina keyakinan diri untuk berhujah.
          • Membuat pertimbangan berdasarkan alasan & bukti.
          • Berani memberi pandangan & kritikan.
          2.2.2 KONSTRUKTIVISME
          • Cara pembelajaran di mana murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif.
          • Menyesuaikan dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru.
          • Pelajar menentukan sendiri matlamat pembelajaran mereka.
          • Bergantung kepada kebolehan pelajar.
          Cara mengaplikasikan Teori Konsturktivisme
          • Penglibatan aktif pembelajaran mengikut urutan pengalaman pembelajaran.
          • Melakukan refleksi terhadap pengalaman & pengalaman sedia ada.
          • Abstrak fakta, pengasingan data penting untuk membina skema tindakan dan skema operasi baru.

          2.2.3 KEPELBAGAIAN KECERDASAN (8 kcerdasan)
          • Mempelbagaikan sumber dan aktiviti-aktiviti pembelajaran bagi memenuhi semua kecergasan.
          Jenis Kecerdasan
          Strategi
          kinestetik
          kebolehan menggunakan aggota badan untuk menyelesaikan masalah.
          interpersonal
          keupayaan untuk memahami dan berkomunikasi antara satu sama lain.
          intrapersonal
          kebolehan untuk memahami diri sendiri & berhubung dengan persekitaran.
          logik/matematik
          keupayaan untuk memanipulasi nombor.
          muzik/lirik
          mendengar, mengenali corak, membezakan antara bunyi-bunyi & mencipta muzik.
          semulajadi
          keupayaan membezakan benda-benda hidup &
          berhubung dengan persekitaran semulajadi.
          linguistik
          keupayaan untuk menggunakan bahasa secara lisan dan bertulis secara berkesan.
          ruang
          keupayaan untuk berfikir berkaitan dengan gambar, imej, bentuk dan corak.
          2.3 PERKEMBANGAN AFEKTIF
          • Sikap, afektif, emosi, apresiasi dan nilai.
          2.3.1 Kawalan Emosi
          • Tubuh badan cergas membantu mengawal perasaan.
          • Mengenalpasti cara mengawal atau melepaskan perasaan.
          • Melahirkan individu yang berfikiran positif dalam menangani sebarang situasi.
          2.3.2 Kemahiran Bersosial
          • Membantu pembangunan sosial individu.
          • Menolong individu menyesuaikan diri dengan keadaan dan masyarakat. 
          • Memupuk sifat kepimpinan yang baik.
          • Melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan.
          2.3.3 Pembinaan Nilai
          • Besesuaian dengan FPN
          • Diterapkan dalam semua kaedah P&P yang dilaksanakan.
          • Bersifat sarwajagat selaras dengan tuntutan agama, budaya dan norma masyarakat Malaysia.
          2.3.4 Pembentukan Sahsiah
          • Keperibadian dan personaliti.
          • Merujuk kepada pembentukan peribadi seseorang individu secara menyeluruh.
          • Perangai, kecergasan, sentimen, sikap, minat, kepercayaan, interaksi, bentuk badan, cita-cita dan nilai.
          • Aktiviti PJ perlu dirancang dengan baik untuk merangsangkan pembentukan sahsiah.

          PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI


          1.1 Konsep dan definisi

          • Proses pembelajaran mnyeluruh melibatkan semua aspek domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial & emosi.
          • Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
          • Alat untuk mendorong kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir & penyelesaian masalah.

          Pendidikan Jasmani terbentuk daripada 3 domain :

          i. Domain Kognitif (aspek kognitif)

          • Pengumpulan pengetahuan & keupayaan berfikir serta mengintepretasi.
          • Amalan berfikir, proses penerokaan, inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, sikap ingin tahu, proses imaginasi dan pemikiran kreatif.

          ii. Domain Afektif (aspek afektif)

          • Perkembangan individu dan kemahiran sosial.
          • Konsep kendiri, pemahaman kendiri, penghargaan kendiri, kawalan kendiri, emosi, nilai dan sahsiah.

          iii. Domain Psikomotor (aspek psikomotor)

          • Perihal kuantiti pergerakan.
          • Kecergasan, kekuatan otot, daya tahan otot, pengamatan motor, kelenturan, ketangkasan, kelajuan dan kardiovaskular.



          1.1.1 Falsafah, Matlamat dan Objektif

          • Falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberi kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.
          • Falsafah sebagai petunjuk arah untuk guru menentukan matlamat.

          Matlamat dan objektif PJ

          • PJ adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
          • Mempertingkatkan & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
          • Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
          • Melakukan senaman & aktiviti fizikal sebagai rutin.
          • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan dalam kegiatan fizikal.
          • Membentuk disiplin dan sahsiah diri.
          • Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.


          1.1.2 Kepentingan PJ

          Kecergasan Fizikal

          • Membina & mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluan.
          Kemahiran motor
          • Menguruskan bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran motor yang sesuai dan berguna.
          • Mempertingkatkan dan mngekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
          Kecekapan dalam Menguruskan Badan
          • Melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.
          • Penjagaan postur yang betul.
          • Kawalan & imbangan dalam sesuatu situasi.
          • Pengaruh ritma dalam pengendalian pergerakan badan.
          • Koordinasi pergerakan yang cekap.
          • Pergerakan merentasi ruang.
          Aspek Kemahiran dan Pergerakkan Asas
          • PJ membantu pengamal menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
          • Kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat.
          • Kemahiran lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan membina bentuk-bentuk.
          • Kemahiran manipulatif seperti menangkap, menendang, menggelecek dan melontar.
          Konsep Kendiri
          • Membina konsep kendiri yang realistik dan konsep kendiri yang diingini menerusi aktviti yang terancang.
          Langkah-langkah Keselamatan
          • Sikap mengutamakan keselamatan terhadap diri dan orang lain.
          Nilai dan Peribadi
          • Pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
          Membentuk Kognitif
          • Pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

          1.2 Sejarah Pendidikan Jasmani

          1.2.1 Zaman Purba dan Kecergasan
          • Memburu dan berkumpul.
          • Menari, permainan kebudayaan dan menziarah komuniti lain.
          • Komponen sosial.
          1.2.2 Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian
          • Tertumpu kepada aktiviti pertanian.
          • Tidak berpindah-randah.
          • Mengurangkan aktiviti kecergasan.
          1.2.3 Tamadun Kuno China dan India
          • CHINA
          • Falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal.
          • Kung-fu dicipta/meniru pergerakan haiwan.
          • Memanah, menari, lawan pedang dan gusti.
          • INDIA
          • Menumpukan kepada aktiviti spiritual.
          • Yoga masih terikat dengan kepercayaan agama.
          • Berteraskan disiplin diri dan bermeditasi.
          1.2.4 Timur Tengah
          • Amat mementingkan tahap kecergasan.
          • Kepentigan politik dan ketenteraan.
          • Kawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing.
          • Meningkatkan kekuatan dan stamina.
          • Untuk melatih lebih banyak tentera.
          1.2.5 Zaman Greek – Athens
          • Mengutamakan kesempurnaan fizikal.
          • Pembentukan tentera (Sparta).
          • Membina tubuh badan, hidup sihat dan aktif.
          • Mementingkan nilai estetik (Athens).
          • Gimnastik>gerakan untuk tubuh & muzik untuk jiwa.
          • `Palaestras’ untuk remaja lelaki – gelanggang gimnastik, larian, gusti & lompatan.
          • `Paidotribe’ untuk gol dewasa. 
          • Kedua-dua diawasi oleh jurulatih kecergasan.

          SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN
          • 1889 Triplett menjalankan ujikaji mengenai psikologi sukan.
          • 1920 Bidang psikologi sukan mula bkembang –Coleman.
          • 1965 – International Social and Sport Psychology (ISSP) ditubuhkan.
          • Merancang perkembangan dan penyelidikan psikologi sukan dengan teratur.
          • 1970-an Padang, gimnasum & gelanggang menjadi medan tumpuan penyelidikan.

          1.3 Perkembangan PJ di Malaysia

          i. Zaman sebelum penjajah British
          • Tidak ada sebarang sistem pendidikan yang teratur dan formal hanya kelas-kelas agama.
          • PJ tidak diutamakan dan tidak ada objektif yang jelas.
          ii. Zaman Pemerintahan British
          • Sistem pendidikan diadun dengan pengaruh kebaratan.
          • Sekolah dibuka oleh mubaligh kristian dan syarikat Inggeris.
          • PJ dari Tahun1-Tahun4 hanya sebagai mata pelajaran sampingan.
          • 1856 PJ diajar di 2 buah sekolah di Singapura.
          • 1815 Mata pelajaran lain di sekolah cina, Melaka.
          • 1819 Mata pelajaran lain di 3 buah sekolah di Singapura.
          • 1623-1925 PJ diajar di sekolah menengah rendah seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh & Muar.
          • 1930 PJ diajar di sekolah menengah atas seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur & Ipoh.
          iii. Zaman sebelum Merdeka
          • 1930 Sukatan Pelajaran PJ mula digubal.
          • Mirip kepada latihan-latihan fizikal di England.
          • 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris menggubal sukatan latihan PJ.
          • 1952 Guru dihantar ke luar Negara untuk latihan PJK di Kirby dan Brisnford.
          iv. Zaman selepas Merdeka
          • 1950 Sukatan Pelajaran PJ mula digunakan.
          • 1966 Sukatan PJ untuk kanak-kanak lelaki & perempuan telah disiapkan.
          • 1960 MPIK memulakan kursus tambahan setahun untuk PJ.
          • 1961 Kursus diperluaskan untuk wanita.
          • 1971 Sukatan Pelajaran PJ disemak dan dikeluarkan dalam 2 bahasa.
          • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan.


          DRESS READY STOCK DECEMBER 2012 ~6~





















          DRESS READY STOCK DECEMBER 2012 ~5~





















          DRESS READY STOCK DECEMBER 2012 ~4~