Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers
Showing posts with label cookies. Show all posts
Showing posts with label cookies. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

Bakery Story Kek Coklat Moist versi tutorial



totally shared from kak ana
mesti cuba!!
Meh tgk apa bahan2nya :

Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..


1 tin susu cair ideal..


1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )


1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)


1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)


2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang buat bancuh air tu tau..


1 cawan serbuk koko ( di ayak)


2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)


1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)

Cara membuatnya :

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..


Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..


Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..


Masukkan esen vanilla..


Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit.. ekekke...


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..


Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..


Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..

Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..

Haaa.. dah sebati punnn..


Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..

Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..


Kukus kek sampai masak..

kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..


Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..


Pastu baru tuang whipping cream..


siapppp.. dah boleh tuang atas kek..


letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..


Tadaaaa.. siap dah hiasan kek.. yg putih2 tu whipping krim.. 

Bakery Story Chocolate Cake



CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.


Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.



Friday, 10 May 2013

Bakery Story Blueberry Muffins



BLUEBERRY MUFFINS
sumber : mat gebu

Bahan-bahan:
(lebih kurang 24 biji)


170 g mentega
160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan (jika suka)
Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)
kalau nak letak campuran buah pun boleh



Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang di taman.

terpulang jika nak guna buah blueberry. campak then scoop dlm cawan kertas


sumber:
Google Images

Bakery Story Chocolate Cookies




CHOCOLATE COOKIES
sumber : kak nor

Bahan-bahan:

180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
 


Cara-cara:
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang, goreng tanpa minyak sekejap, tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4.                                    
  5. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  6. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 min - 30min (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  7. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja.

PESANAN K.NOR:
* utk menghasilkan biskut yg lebih leper, boleh lebihkan sukatan tepung naik sendiri dan kena kurangkan sukatan tepung gandum ( lebih kurang 260gm tepung naik sendiri & 100gm tepung gandum).

** utk menghasilkan biskut versi coklat boleh tambah 30gm serbuk coklat tapi kena kurangkan 30gm tepung gandum.



sumber:
Google Images