Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers
Showing posts with label marvellous cake. Show all posts
Showing posts with label marvellous cake. Show all posts

Saturday, 11 May 2013

Bakery Story Kek Coklat Moist versi tutorial



totally shared from kak ana
mesti cuba!!
Meh tgk apa bahan2nya :

Telor 4 biji.. kalau size besar guna 3 biji je..


1 tin susu cair ideal..


1 sudu teh coklat emulco ( takde pun takpe )


1 sudu teh esen vanilla.. (aku guna satu penutup botol tu)


1 1/2 butter.. ( 250 gram + 125 gram butter)


2 cawan gula kastor.. bkn gula yg korang buat bancuh air tu tau..


1 cawan serbuk koko ( di ayak)


2 cawan tepung gandum ( di ayak.. guna sukatan cwn yg sama)


1 sudu teh baking powder + 1 sudu teh soda bikarbonat ( di ayak jugak)

Cara membuatnya :

Masukkan butter dlm periuk.. cairkan.. guna api sederhana..


Kemudian masukkan susu cair.. kacau sebati..


Pastu masukkan gula kastor pulak.. kacau lg..


Masukkan esen vanilla..


Dan masukkan coklat emulco.. kacau kesemuanya biar sebati dan tutup api.. pindahkan adunan ke dalam bekas lain atau pun guna je periuk tu pun boleh..


pindahkan dlm bekas lain.. biar nmpk cun sikit.. ekekke...


Sementara tu, dlm bekas lain lak sila pukul telor ayam tu guna whisker.. pukul agak2 kembang aje .. takyah nak beriya2 sgt pukulnya.. hehehe..


Kemudian, tuang sikit demi sedikit ke dalam adunan td.. kacau sebati..


Pastu lak baru masukkan bhn2 yg di ayak td ( tepung + serbuk koko + soda bikarbonat + baking powder )..

Masuk sikitt demi sikit... gaul sampai semua adunan sebati.. sherashi bershama.. ecehhh..

Haaa.. dah sebati punnn..


Pastu masukkan adunan ke dalam loyang..

Masuk paras stgh dr loyang je tau sbb kek ni naik tinggi.. sblm tu jgn lupa griss kan loyang dgn butter.. kang melekat kang kek tu kalo loyang tak di griss..

Tutup dgn aluminium foil utk elak kek terkena titisan air dr pengukus.. tak pun balut je penutup pengukus tu dgn kain..


Kukus kek sampai masak..

kukus dlm sejam je kot dgn api yg sederhana.. maksudnya api tak besar sgt dan tak kecik sgt..

Make sure pengukus di panaskan dulu sblm masukkan adunan kek td.. air dlm periuk kukusan pun jgn sikit sgt, kang kering lak sblm kek tu sempat masak.. paham ehh..


Hasil kek yg dah siap di masak.. kek 1 malaysia tuuu..

Bahan2 coklat ganache :
~ 300 gram dark coklat/coklat masakan
~ 150 ml whipping cream
~ 1 sudu besar butter

Cairkan coklat guna kaedah double boiler.. pastu masukkan butter.. kacau sampai larut..


Pastu baru tuang whipping cream..


siapppp.. dah boleh tuang atas kek..


letak kek atas redai mcm gmbr di atas.. pastu baru tuang coklat ganache..pastu baru pindahkan atas cake board td..


Tadaaaa.. siap dah hiasan kek.. yg putih2 tu whipping krim.. 

Bakery Story Chocolate Cake



CHOCOLATE CAKE

Bahan-bahannya:

2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak 
1 cawan gula
1 cawan air suam 
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( ros guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur 
beberapa titik esen vanila

*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.


Cara-caranya:

1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak ber ukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan, Selamat Mencuba.



Friday, 10 May 2013

Bakery Story Blueberry Muffins



BLUEBERRY MUFFINS
sumber : mat gebu

Bahan-bahan:
(lebih kurang 24 biji)


170 g mentega
160 g gula kastor (boleh gunakan gula perang)
4 biji telur gred A
350 g tepung gandum
20 g baking powder
1 camca teh esen vanilla
Blueberry filling secukupnya
Badam keping untuk hiasan (jika suka)
Muffin cup secukupnya (kurang lebih 24 biji)
160 ml susu segar (susu cair pun boleh...)
kalau nak letak campuran buah pun boleh



Cara-cara:
  1. Pukul mentega dan gula kastor hingga kembang. Masukkan telur satu per satu dan juga esen vanilla, sambil terus memukul hingga adunan menjadi putih.
  2. Gaul tepung bersama baking powder dan ayak. Masukkan tepung ke dalam adunan mentega berselang-seli dgn susu segar hingga habis. Gaul rata.
  3. Sudukan adunan ke dalam muffin cup, jangan penuh. Isikan sedikit blueberry filling dan tambah adunan muffin diatasnya. Anggaran 3/4 penuh. Tabur dgn sedikit badam keping dan susun dalam dulang pembakar.
  4. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C, selama 20 - 25 minit. Bergantung pada keadaan oven masing-masing.
  5. Keluarkan dan sejukkan. Nak makan masa hangat-hangat tu pun boleh juga..... sesuai untuk minum petang di taman.

terpulang jika nak guna buah blueberry. campak then scoop dlm cawan kertas


sumber:
Google Images

Thursday, 9 May 2013

Bakery Story Brownies


BROWNIES
sumber : kak nor

Bahan-bahan:
120 gm mentega
220 gm coklat masakan 
190 gm gula perang 
130 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko
3/4 cawan coklat chip 
3 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh coffee/mocha emulco


Bahan untuk ditabur:

kepingan badam dan coklat chip secukupnya


Cara-cara:

  1. Alaskan loyang 10" x 10" dengan baking paper dan lebihkan bahagian tepi bagi memudahkan kita mengeluarkan brownies nanti.
  2. Gris/sapukan baking paper dgn sedikit mentega. Ketepikan.
  3. Panaskan oven dengan suhu 180C.
  4. Tepung gandum, baking powder, serbuk koko dan coklat chip diayak bersama.
  5. Asingkan coklat chip tadi ke dalam bekas yg lain.
  6. Cairkan coklat masakan bersama mentega dengan menggunakan kaedah double boiler. Padamkan api.
  7. Kemudian masukkan gula perang dan kacau dengan menggunakan whisk hingga gula larut.
  8. Masukkan pula esen vanila dan coffee/mocha emulco (boleh digantikan dengan serbuk kopi segera) dan kacau lagi. 
  9. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau hingga rata secara perlahan-lahan.
  10. Seterusnya masukkan bahan-bahan yg diayak tadi sedikit demi sedikit.
  11. Kacau hingga rata dan kemudian masukkan coklat chip.
  12. Jangan kacau terlalu lama, sekadar coklat chip bercampur dan tiada nampak kesan tepung lagi.
  13. Tuangkan ke dalam loyang dan ratakan. 
  14. Taburkan kepingan badam dan coklat chip.
  15. Bakar sehingga masak, lebih kurang 45 - 50 minit.
  16. Keluarkan dari oven dan biarkan selama 30 minit, barulah diangkat keluar dari loyang.
  17. Letakkan atas redai dan biarkan sejuk dahulu barulah ditekap menggunakan bentuk hati.
  18. Hiaskan mengikut kesukaan masing-masing atau boleh juga dimakan begitu saja.




boleh juga dijadikan sebagai doorgift !!
jimat kos.


sumber: Google Images

Tuesday, 29 January 2013

BARBIE DOLL CAKE

salam..
hari ni habis kelas awal..
so, boleh la nak google2 pasai cake lg..
hua3..tetiba minat..
xtentu psai kn?
td jumpa 1 entry psai barbie doll cake ala2 melayu sikit
siap pkai kebaya lagik..
rupa2nye pemilik blog tersebut Sasha Basir 
ala..model/pelakon tuh
kelas kn? :)
jom scroll pic cake jerrr..nyum3x!

ni lah rupa kek Sasha. jeles kn?

gown barbie ni dperbuat drpd coklat fudge..yummy!
biru+coklat = cantik kot

siap pakai sanggul bunga lg.

kebaya biru


tutup..nnti bukak aib si barbie plak..

tgh simpan angan-angan nak blaja buat kek barbie doll.
mahal org ambik tempahan skrg
ada dekat ratus2..
ok, set goal!


RAINBOW CAKE

salam..
teringin nak belajar buat rainbow cake ni..
mengidam pun ada..
then, terus google cne nak bake dis cake
jumpa resipi, nnti boleh try buat sendiri
minta share ye :)
tgk gambar pom da meleleh..kn3?


sumber: Kak Anymz

Bahan-bahan:

430gm tepung gandum all purpose
4 sk baking powder
1/2 st garan
250 gm mentega
340 gm gula kaster
375 ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 st esen vanila/badam
Pewarna merah,biru,hijau,kuning,oren,unggu
serbuk koko secukupnya k1 tambah

400 ml whip topping krim-di putar hingga kembang
(untuk di sapu pada setiap lapisan dan seluruh kek)

Loyang 8" di alas dan di gris


Cara-cara menyediakannya:

1-Ayak tepung,baking powder dan garam,ketepikan
2-Pukul gula dan mentega hingga gebu.Masukkan esen vanila diikuti putih telur,sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3-Masukkan tepung gandum,berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati
4-Bahagikan adunan dengan enam bahagian yang sama banyak(+-260 gm setiap mangkuk),letakkan pewarna yang berlainan.


5-Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu selama 15 min pada suhu 170C.Bakar sehingga habis
6-Angkat dan sejukkan di atas redai.Keluarkan aras bawah kek.



7-Letak lapisan pertama di atas papan kek,sapu krim secukupnya,ayak koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua,buat yg sama hingga habis


8-Sapu tipis seluruh badan kek dgn krim dan simpan dalam peti sejuk sekurang2nya 4 jam atau semalaman.
Simpan krim slebihnya dalam peti sejuk
9-Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.


mengancam x?
bolehlah mencubanya nnti.