NAMA:
____________________________________
TAHUN:
__________________
ARAHAN:
Baca surat kiriman tidak rasmi di bawah.
Bilik
101, Blok B, Asrama Putra, Sekolah
Kebangsaan Amar, 18000
Kuala Krai, Kelantan Darul Naim.
15
Februari 2013.
Menemui ayahanda dan bonda yang
berada di Taman Sri Pulai, Muar.
Ayahanda
dan bonda,
Apa habar ayahanda dan bonda?
Harapan anakanda agar ayahanda dan bonda sihat sejahtera. Anakanda di sini juga dalam keadaan sihat.
Tujuan anakanda menulis surat ini
adalah untuk menceritakan perkembangan diri anakanda di asrama ini. Buat masa ini anakanda sedang sibuk mengulang
kaji pelajaran sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan penggal
pertama. Jadual belajar sudah ditetapkan
oleh pihak asrama, iaitu bermula pada pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam
setiap hari.
Pada sebelah petang, anakanda dan
murid-murid yang lain menyertai aktiviti permainan seperti bola sepak,
badminton, hoki dan bola tampar. Untuk
pengetahuan ayahanda dan bonda, anakanda telah terpilih untuk mewakili seolah
dalam suatu pertandingan bola sepak yang akan berlangsung pada bulan Mei nanti. Sekarang kami sedang giat berlatih. Doakanlah agar kami berjaya menjadi johan
pertandingan itu nanti.
Setakat ini dahulu isi surat
anakanda kali ini. Doa dan harapan
anakanda semoga ayahanda dan bonda gembira selalu.
Sekian, terima kasih.
Anakanda
yang jauh,
Nurul Iman
sangat berguna
ReplyDeletesangat berguna
ReplyDeleteSangat berguna
Delete