Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Tuesday 14 May 2013

TOPIK 3 PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK

TOPIK 3

PERHUBUNGAN ANTARA KELOMPOK ETNIK




Dalam topik ini, anda akan diberi pendedahan tentang hubungan etnik di Malaysia. Aspek-aspek  dan ciri-ciri  hubungan etnik dai Malaysia akan diketengahkan dan implikasinya terhadap  perhubungan dalam bilik darjah.

3.1  Hubungan etnik

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk yang berbilang kaum.  Jangan kita lupa bahawa negara kita pernah menghadapi konflik etnik yang menyebabkan berlakunya pelbagai masalah.  Sebagai rakyat Malaysia sudah semestinya kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei 1969.

Perlu kita sedar bahawa pengalaman pahit tersebut telah menyedarkan kita bahawa:

  1. Kemajuan ekonomi sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik
  2. Kestabilan politik sahaja tidak memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang
  3. Pembangunan ekonomi dan kestabilan politik perlu seiring dan seimbang supaya tidak timbul kepincangan dalam masyarakat sehingga menimbulkan konflik.

Adalah penting untuk kita memahami apa yang dimaksudkan dengan keseimbangan. Dalam konteks negara kita Malaysia keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang saksama dan perkongsian pemerintahan yang matang. Persoalannya ialah:

  • Apakah faktor yang dapat mewujudkan keseimbangan?
  • Apakah perkara yang perlu dipertahan atau dipelihara untuk menjamin keseimbangan yang berterusan?

Mudah sahaja iaitu usaha yang berterusan dalam memupuk dan mengekalkan hubungan etnik yang harmonis.


3.2  Kepentingan Memahami Hubungan Etnik

 Sebagai seorang guru, anda perlu memahami akan kepentingan hubungan etnik.  Ini adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah anda dan dalam jangka waktu panjang ialah untuk mewujudkan  “1 Malaysia”.

Apakah kepentingan memahami hubungan etnik? Mari kita meneliti  betapa pentingnya  setiap individu memahami  tentang hubungan etnik  dalam negara kita.  Antara kepentingan termasuk:

·         Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

·         Hubungan etnik berkait rapat dengan:
-       seluruh struktur sosial masyarakat dan
-       memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan ,
-       punca konflik serta
-       sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

·  Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi  negara kita.

·         Hubungan etnik dapat mencerminkan darjah dan sumber ketegangan sosial.

·         Melalui hubungan etnik, akan dapat kita fahami isu prasangka dan diskriminasi yang berlaku serta gambaran tentang peranan faktor personaliti dalam menentukan tatalaku anggota masyarakat.

·    Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

·         Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.

Adalah perlu kita fahami bahawa keharmonian  hubungan etnik di negara kita tidak bergantung  sepenuhnya kepada keadaan berbaik-baik antara kaum  tetapi juga antara kumpulan kelas sosial yang berbeza.

Hubungan etnik yang wujud  pada masa kini telah mencorakkan sistem sosial di Malaysia.  Sejauhmana tahap perpaduan nasional di negara kita masih sukar diukur.  Namun demikian negara luar melihat bahawa wujudnya keharmonian dalam hubungan etnik di Malaysia. Ini telah memberi  impak kepada sektor-sektor pelancongan, perindustrian, perdagangan dan lain-lain.  Masyarakat luar dapat melihat kestabilan politik dan ekonomi di sini.  Inilah antara kesan yang wujud hasil daripada hubungan etnik yang seimbang dan stabil.


3.3   Rumusan

Topik ini membincangkan mengenai  hubungan etnik di Malaysia dan kepentingannya  setiap daripada rakyat Malaysia memahami  tentang hubungan etnik dalam negara kita. Antara  aspek –aspek penting adalah berikut:

  • Malaysia merupakan sebuah negara pelbagai kaum yang pernah menghadapi konflik etnik

  • Hubungan etnik berkait rapat dengan seluruh struktur sosial masyarakat dan memberi pemahaman tentang darjah pluralisme sosial dan kebudayaan, punca konflik serta sejauhmana struktur masyarakat bersifat kolonial

  • Hubungan etnik menggambarkan perkembangan sejarah negara dan kemampuan sosioekonomi  negara kita

  • Hubungan etnik dapat membantu dalam memahami kesan perindustrian dan perubahan sosial.

·         Hubungan etnik mempengaruhi dasar sosial dan perancangan sosial negara.



Di bawah adalah senarai teks bacaan dan buku rujukan yang digunakan.

Teks Bacaan Asas

Muhamad Kamarul Kabilan & Zaharah Hassn.(2005). Readings on ethnic relations in a

multicultural society. Serdang: Universiti Putra Malaysia.


Rujukan

Woolfolk,A. (2004). Educational Psychology. Boston: Allyn & Bacon



No comments:

Post a Comment