Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Friday 1 February 2013

PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN JASMANI


1.1 Konsep dan definisi

  • Proses pembelajaran mnyeluruh melibatkan semua aspek domain psikomotor, kognitif, afektif, sosial & emosi.
  • Mengamalkan gaya hidup yang sihat.
  • Alat untuk mendorong kegiatan kognitif seperti penerokaan, proses berfikir & penyelesaian masalah.

Pendidikan Jasmani terbentuk daripada 3 domain :

i. Domain Kognitif (aspek kognitif)

  • Pengumpulan pengetahuan & keupayaan berfikir serta mengintepretasi.
  • Amalan berfikir, proses penerokaan, inkuiri penemuan, penyelesaian masalah, sikap ingin tahu, proses imaginasi dan pemikiran kreatif.

ii. Domain Afektif (aspek afektif)

  • Perkembangan individu dan kemahiran sosial.
  • Konsep kendiri, pemahaman kendiri, penghargaan kendiri, kawalan kendiri, emosi, nilai dan sahsiah.

iii. Domain Psikomotor (aspek psikomotor)

  • Perihal kuantiti pergerakan.
  • Kecergasan, kekuatan otot, daya tahan otot, pengamatan motor, kelenturan, ketangkasan, kelajuan dan kardiovaskular.



1.1.1 Falsafah, Matlamat dan Objektif

  • Falsafah adalah sesuatu yang diasaskan dari objektif yang mampu memberi kefahaman, pengertian dan suatu tafsiran terhadap sesuatu prinsip dan konsep.
  • Falsafah sebagai petunjuk arah untuk guru menentukan matlamat.

Matlamat dan objektif PJ

  • PJ adalah bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
  • Mempertingkatkan & mengekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
  • Menguasai kemahiran asas pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
  • Melakukan senaman & aktiviti fizikal sebagai rutin.
  • Mengaplikasikan pengetahuan kesihatan dan keselamatan dalam kegiatan fizikal.
  • Membentuk disiplin dan sahsiah diri.
  • Membuat keputusan bijak dalam kehidupan.


1.1.2 Kepentingan PJ

Kecergasan Fizikal

  • Membina & mengekalkan tahap kesihatan fizikal yang bersesuaian dengan minat dan keperluan.
Kemahiran motor
  • Menguruskan bahagian anggota mereka dengan cekap dan membina kemahiran motor yang sesuai dan berguna.
  • Mempertingkatkan dan mngekalkan kecergasan berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
Kecekapan dalam Menguruskan Badan
  • Melalui senaman dan aktiviti fizikal sebagai rutin harian serta dilaksanakan secara berterusan.
  • Penjagaan postur yang betul.
  • Kawalan & imbangan dalam sesuatu situasi.
  • Pengaruh ritma dalam pengendalian pergerakan badan.
  • Koordinasi pergerakan yang cekap.
  • Pergerakan merentasi ruang.
Aspek Kemahiran dan Pergerakkan Asas
  • PJ membantu pengamal menguasai asas kemahiran pergerakan dan permainan mengikut kemampuan diri.
  • Kemahiran lokomotor seperti berjalan, berlari dan melompat.
  • Kemahiran lokomotor seperti memusing, mengalih, membongkok, melunjur dan membina bentuk-bentuk.
  • Kemahiran manipulatif seperti menangkap, menendang, menggelecek dan melontar.
Konsep Kendiri
  • Membina konsep kendiri yang realistik dan konsep kendiri yang diingini menerusi aktviti yang terancang.
Langkah-langkah Keselamatan
  • Sikap mengutamakan keselamatan terhadap diri dan orang lain.
Nilai dan Peribadi
  • Pembentukan sahsiah dan disiplin diri yang sesuai dengan norma-norma masyarakat.
Membentuk Kognitif
  • Pelajar membuat keputusan yang bijak dalam kehidupan.

1.2 Sejarah Pendidikan Jasmani

1.2.1 Zaman Purba dan Kecergasan
  • Memburu dan berkumpul.
  • Menari, permainan kebudayaan dan menziarah komuniti lain.
  • Komponen sosial.
1.2.2 Zaman Neolitik – Revolusi Pertanian
  • Tertumpu kepada aktiviti pertanian.
  • Tidak berpindah-randah.
  • Mengurangkan aktiviti kecergasan.
1.2.3 Tamadun Kuno China dan India
  • CHINA
  • Falsafah Confucious menggalakkan penglibatan dalam aktiviti kecergasan fizikal.
  • Kung-fu dicipta/meniru pergerakan haiwan.
  • Memanah, menari, lawan pedang dan gusti.
  • INDIA
  • Menumpukan kepada aktiviti spiritual.
  • Yoga masih terikat dengan kepercayaan agama.
  • Berteraskan disiplin diri dan bermeditasi.
1.2.4 Timur Tengah
  • Amat mementingkan tahap kecergasan.
  • Kepentigan politik dan ketenteraan.
  • Kawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing.
  • Meningkatkan kekuatan dan stamina.
  • Untuk melatih lebih banyak tentera.
1.2.5 Zaman Greek – Athens
  • Mengutamakan kesempurnaan fizikal.
  • Pembentukan tentera (Sparta).
  • Membina tubuh badan, hidup sihat dan aktif.
  • Mementingkan nilai estetik (Athens).
  • Gimnastik>gerakan untuk tubuh & muzik untuk jiwa.
  • `Palaestras’ untuk remaja lelaki – gelanggang gimnastik, larian, gusti & lompatan.
  • `Paidotribe’ untuk gol dewasa. 
  • Kedua-dua diawasi oleh jurulatih kecergasan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PSIKOLOGI SUKAN
  • 1889 Triplett menjalankan ujikaji mengenai psikologi sukan.
  • 1920 Bidang psikologi sukan mula bkembang –Coleman.
  • 1965 – International Social and Sport Psychology (ISSP) ditubuhkan.
  • Merancang perkembangan dan penyelidikan psikologi sukan dengan teratur.
  • 1970-an Padang, gimnasum & gelanggang menjadi medan tumpuan penyelidikan.

1.3 Perkembangan PJ di Malaysia

i. Zaman sebelum penjajah British
  • Tidak ada sebarang sistem pendidikan yang teratur dan formal hanya kelas-kelas agama.
  • PJ tidak diutamakan dan tidak ada objektif yang jelas.
ii. Zaman Pemerintahan British
  • Sistem pendidikan diadun dengan pengaruh kebaratan.
  • Sekolah dibuka oleh mubaligh kristian dan syarikat Inggeris.
  • PJ dari Tahun1-Tahun4 hanya sebagai mata pelajaran sampingan.
  • 1856 PJ diajar di 2 buah sekolah di Singapura.
  • 1815 Mata pelajaran lain di sekolah cina, Melaka.
  • 1819 Mata pelajaran lain di 3 buah sekolah di Singapura.
  • 1623-1925 PJ diajar di sekolah menengah rendah seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh & Muar.
  • 1930 PJ diajar di sekolah menengah atas seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur & Ipoh.
iii. Zaman sebelum Merdeka
  • 1930 Sukatan Pelajaran PJ mula digubal.
  • Mirip kepada latihan-latihan fizikal di England.
  • 1946 Maktab Perguruan Sultan Idris menggubal sukatan latihan PJ.
  • 1952 Guru dihantar ke luar Negara untuk latihan PJK di Kirby dan Brisnford.
iv. Zaman selepas Merdeka
  • 1950 Sukatan Pelajaran PJ mula digunakan.
  • 1966 Sukatan PJ untuk kanak-kanak lelaki & perempuan telah disiapkan.
  • 1960 MPIK memulakan kursus tambahan setahun untuk PJ.
  • 1961 Kursus diperluaskan untuk wanita.
  • 1971 Sukatan Pelajaran PJ disemak dan dikeluarkan dalam 2 bahasa.
  • Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan digabungkan.


No comments:

Post a Comment