Daisypath Vacation tickers

Daisypath Vacation tickers

Friday 19 April 2013

Bahasa Melayu Tahun 5 Keluarga Harmoni


SEKOLAH KEBANGSAAN TASEK, IPOH, PERAK
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (TAHUN 5)

Mata Pelajaran        : Bahasa Malaysia
Tahun                        : 5 Setia
Tarikh                        : 1 April 2013
Hari                            : Isnin
Masa                          : 8.00 – 9.00 pagi
Bil. Murid                  : 19 orang
Tema                         : Kekeluargaan
Tajuk                         : Keluarga Harmoni Hidup Diberkati

Fokus Utama :                    
5.1 Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
Aras 1 (i)        Membaca perkataan, frasa dan ayat yang mengandungi ayat                               tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan dan intonasi yang betul.
Fokus Sampingan :
8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal, dan ayat majmuk.
Aras 1 (i)        Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Objektif  : Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
i.              membaca petikan surat dengan sebutan dan intonasi yang betul.
ii.          mengenal pasti kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan surat.
iii.           membina perenggan dengan menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk.

Sistem Bahasa :   
Tatabahasa                     - Kata Nama Am, Kata Nama Khas, Ayat Tunggal
Kosa Kata                        - Anakanda, Asrama, Peperiksaan, Pertandingan

Pengisian Kurikulum :
Ilmu                                 - Pendidikan Sivik, Pendidikan Muzik
Nilai Murni                      - Patriotisme, Berkeyakinan, Hormat-menghormati
KBT                                 - KB (Membuat Kesimpulan)
Kontekstual                     - Menghubungkaitkan

Bahan Bantu Mengajar :
Petikan surat kiriman tidak rasmi, sampul surat misteri, dan lembaran kerja.

Pengalaman Sedia Ada :
Murid pernah menjalankan aktiviti masa lapang bersama keluarga di rumah.
Langkah / Masa
Isi pelajaran
Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
·         Contoh soalan:
Ø  Siapa tahu apa maksud sekolah berasrama penuh?
Ø  Siapa yang bercita-cita untuk ke sekolah berasrama penuh?
Ø  Bolehkah kamu berjauhan dengan keluarga nanti?
1.    Guru bersoal jawab dengan murid.
2.    Murid menjawab soalan yang dikemukan dengan tertib.
3.    Murid mengemukakan pandangan masing-masing.
4.    Guru mengaitkan set induksi dengan tajuk pelajaran hari ini.

Ilmu: Pendidikan Sivik
Pendidikan Muzik

Nilai: Berkeyakinan
Langkah 1
(15 minit)
·         Bacaan mekanis petikan surat kiriman tidak rasmi.

1.    Guru mengedarkan petikan surat kepada murid.
2.    Murid diminta membacakan surat tersebut secara mekanis mengikut perenggan.
3.    Guru bersoal jawab dengan murid tentang tajuk yang sesuai untuk petikan tersebut.
BBM:
Petikan surat

BCB:
Bacaan mekanis

Strategi: Berpusatkan murid
Langkah 2
(10 minit)
·         Kata nama am:
Ø  bonda
Ø  asrama
Ø  bola sepak
Ø  johan
·         Kata nama khas:
Ø  Nur Iman
Ø  Asrama Putra
Ø  Johor Bahru
Ø  Mei
·         Ayat tunggal
1.    Murid diminta menyenaraikan kata nama am dan kata nama khas yang terdapat dalam petikan.
2.    Murid menyebut perkataan tersebut.
3.    Wakil setiap kumpulan diminta membina ayat tunggal berdasarkan perkataan tersebut.
4.    Murid dan guru bersoal jawab tentang pembinaan ayat yang gramatis.
BBM:
Petikan surat

KBT: Membuat keputusan

Strategi: Berpusatkan murid

Nilai:
Toleransi

Langkah 3
(15 minit)
·         Cantuman ayat membentuk perenggan (format surat kiriman tidak rasmi).

1.    Seorang wakil kumpulan diminta memilih sampul surat misteri yang mengandungi cantuman ayat.
2.    Murid berbincang bersama ahli kumpulan.
3.    Wakil setiap kumpulan diminta mencantumkan ayat-ayat tersebut pada papan tulis supaya dapat membentuk perenggan mengikut format surat kiriman tidak rasmi yang betul.
4.    Kumpulan yang paling cepat selesai dikira sebagai pemenang.
BBM:
Sampul surat misteri yang mengandungi cantuman ayat

KBT: Menghubung-
kaitkan

Nilai:
Toleransi
Bekerjasama
Langkah 4
(10 minit)
·         Simulasi berdasarkan beberapa situasi.
·         Contoh situasi:
Ø  Membantu bapa membasuh kereta.
Ø  Membantu adik menyiapkan kerja rumah.
Ø  Melawat nenek yang sedang sakit.
Ø  Membantu ibu mengemas rumah.

Lembaran kerja:
·         Pengayaan
Ø  Bina ayat
·         Pemulihan
Ø  Padan ayat
1.    Murid berbincang dalam kumpulan tentang watak masing-masing.
2.    Secara berkumpulan, murid dikehendaki melakonkan simulasi berdasarkan situasi yang guru berikan.
3.    Guru memberikan penghargaan kepada kumpulan yang terbaik.
4.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
5.    Murid menyiapkan tugasan.
BBM:
Lembaran kerja

Nilai:
Rajin
Bekerjasama

Penutup
(5 minit)
·         Ciri-ciri keluarga harmoni.
1.    Murid bersoal jawab tentang ciri-ciri keluarga harmoni.
2.    Murid menyenaraikan nilai-nilai yang telah dipelajari.
3.    Guru merumuskan isi pelajaran.
Nilai:
Hormat- menghormati


REFLEKSI KENDIRI
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KEKUATAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KELEMAHAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

PENAMBAHBAIKAN
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KOMEN PENSYARAH PENYELIA / GURU PEMBIMBING
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Disediakan oleh:
NUR ZALIKHA NADIAH BINTI ZAHARI
PRAKTIKUM 1 / 2013
IPG KAMPUS IPOH, PERAK.

No comments:

Post a Comment